Kolonel tentera, pegawai kanan polis maut dalam serangan militan

Iklan
Jenazah timbalan penguasa polis Kashmir, Humayun Muzammil Bhat dibawa untuk majlis pengebumian di pinggir Srinagar, Kashmir. Foto AP

NEW DELHI - Dua pegawai tentera India dan seorang pegawai kanan polis terbunuh dalam pertempuran dengan militan di wilayah Jammu dan Kashmir pada Rabu.

Mereka sedang menjalankan operasi anti-pemberontak di daerah Anantnag apabila pertempuran berlaku, menurut tentera dan polis.

Iklan
Iklan

"Pertempuran telah bermula di kawasan Kokernag di Anantnag. Pegawai dari tentera dan JKP cedera. Maklumat lanjut akan menyusul," kata polis Jammu dan Kashmir di media sosial.

Pegawai kanan keselamatan itu menghembuskan nafas terakhir semasa menerima rawatan.

Iklan

Mangsa dikenal pasti sebagai Kolonel Manpreet Singh, Mejar Ashish Dhonack, dan timbalan penguasa polis Kashmir, Humayun Muzammil Bhat.

Kolonel tersebut mengendalikan sebuah unit pasukan Rifles Rashtriya.

Iklan

Dalam kejadian berasingan pada Rabu, seorang tentera dan dua militan terbunuh di daerah Rajouri, yang terletak berhampiran garis kawalan antara India dan Pakistan. - Bernama