MELAKA - Empat warga asing yang cuba melarikan diri melalui pintu belakang di sebuah kelab malam antara 20 individu yang ditahan dalam Op Gegar Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Melaka di Melaka Raya, Banda Hilir, dekat sini pada malam Rabu.
Pengarahnya, Anirwan Fauziee Mohd Aini berkata, operasi pada jam 10.30 malam itu berjaya memberkas 15 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai penari dan pelayan pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan serendah RM200 hingga RM1,000 kepada pelanggan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, turut ditahan lima lelaki warga Bangladesh yang bekerja sebagai krew kelab terbabit dan kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 40 tahun.
"Kita juga menahan dua rakyat tempatan yang dipercayai bekerja sebagai penjaga dan pengurus premis terbabit untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua wanita warga asing itu telah menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai gadis kalung bunga.
"Sebanyak 12 Borang 29 (Saman Saksi) telah dikeluarkan ke atas pelanggan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 55B dan Seksyen 56(1)(d) Akta 155 serta mengikut Peraturan 38(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 19863," katanya.
Artikel Berkaitan