Cucu maut ditinggal nenek lebih sembilan jam dalam kereta

Iklan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai maut akibat strok haba. - Foto Agensi

OKAYAMA - Polis di Tsuyama, Wilayah Okayama telah menahan seorang wanita berusia 53 tahun kerana disyaki cuai hingga menyebabkan kematian cucunya berusia dua tahun dalam kereta selama sembilan jam setengah.

Kanak-kanak lelaki malang itu dipercayai meninggal dunia akibat strok haba

Iklan
Iklan

Menurut polis, suspek, Setsuko Shibata meninggalkan cucunya dikenali Haruto Mese di tempat duduk kanak-kanak di belakang keretanya di sebuah hospital.

Shibata bekerja di hospital sebagai pembantu penjaga.

Polis berkata, Shibata memberitahu mereka dia terlupa bahawa Haruto ditinggalkan dalam kereta dan apabila kembali ke situ selepas kerja, cucunya didapati tidak sedarkan diri.

Iklan

Dia kemudian membawa cucunya masuk hospital sama dan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.

Polis menambah, pihaknya sedang melakukan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya.

Polis berkata, budak lelaki itu berada dalam kereta dari jam 8.15 pagi (waktu tempatan) hingga 5.40 petang.

Iklan

Agensi cuaca tempatan berkata suhu luar di kawasan itu pada hari Sabtu mencecah paras tertinggi 31.7 darjah Celsius tetapi ia mungkin lebih daripada 40 darjah Celsius. - Agensi