Pengurusan Covid-19: Saya pasti hadir kata Ka Siong

Iklan
Ka Siong

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menyatakan kesediaan untuk hadir memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi prosiding Pengurusan Wabak Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam turut menjelaskan akan menjawab setiap perkara yang diajukan oleh jawatankuasa berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tiada masalah PAC. Saya pasti hadir untuk memberi keterangan pada 21 September ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu sidang media di lobi Parlimen pada Khamis berkata, keputusan memanggil Ka Siong itu dibuat selepas selesai tiga prosiding dan berpendapat keperluan mengadakan prosiding keempat.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya memerlukan keterangan dan penjelasan memandangkan nama Ka Siong disebut dalam prosiding sebelum ini.

Katanya lagi, prosiding itu dijadualkan pada Khamis depan akan turut memanggil bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Iklan