Bukan satu tapi dua emas jadi buruan di Hangzhou 2022

Iklan
Muhammad Syahir Rosdi

TEKONG berpengalaman skuad sepak takraw negara, Muhammad Syahir Rosdi bertekad menyumbang dua pingat emas pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China.

Menurut Syahir, barisan pemain negara mempunyai strategi ampuh bagi membenam ego musuh tradisi, Thailand yang pastinya menjadi pilihan menyambar pingat emas.

Iklan
Iklan

"Semua pemain dan jurulatih begitu komited serta mahu merealisasikan sasaran tersebut. Tak kisahlah Thailand akan mengambil bahagian. Kami ada cara untuk tewaskan mereka,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Sebelum ini, Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) meletakkan sasaran satu emas dan satu perak bagi mempertahankan pingat yang dimenangi pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 di Indonesia.

Iklan

Bagaimanapun, skuad negara dikatakan agak bernasib baik apabila meraih pingat emas antara regu selepas Thailand tidak mengambil bahagian acara tersebut.

"Semua pemain Thailand memang sempurna tetapi kami ada cara untuk mendapat mata. Kami akan berjuang berhabis-habisan untuk memenangi emas.

Iklan

"Kami pernah tewaskan Thailand, jadi tak mustahil mampu kalahkan mereka lagi,” jelasnya yang dipilih sebagai kapten skuad negara pada temasya Sukan Asia kali ini.