Kutipan RM70,000 biayai rumah kebajikan

Iklan
Antara tetamu yang hadir bagi menyumbang pada'The Charity Tree Hospice Foundation Gala Dinner and Final Talent Competition 2023.

SHAH ALAM - Sebanyak RM70,000 berjaya dikutip dalam program 'The Charity Tree Hospice Foundation Gala Dinner and Final Talent Competition 2023 yang diadakan di Oriental Star, Eko Cheras Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dalam satu kenyataan berkata, usaha itu bagi membiayai komuniti Cina B40, rumah orang tua dan rumah anak yatim di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Program anjuran Persatuan Kebajikan Tong Xin Shan Yuan Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Biro Media dan Promosi Pemadam Kebangsaan itu dihadiri 450 tetamu termasuk wakil daripada pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju, Mohd Mazri A Rahman selaku pengurus Pusat Khidmat Masyarakat kawasan tersebut.

"Kutipan RM70,000 akan diagihkan kepada kumpulan sasaran," ujarnya.

Iklan

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Pemadam, Norhizamudin Mokhtar Rudin.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Persatuan Kebajikan Tong Xin Shan Yuan Selangor dan Kuala Lumpur, Niko Kenz Ho Dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat.

Iklan

"Terima kasih kepada mereka yang menjayakan program ini," katanya.