MT Umno harus bersidang segera

Iklan
Umno

KUALA LUMPUR - Dalam usaha menguruskan siri kemelut yang melanda Umno, pimpinan mendesak satu Perhimpunan Agung Umno Khas diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, jalan terbaik yang difikirkan waktu ini ialah Umno bahagian seluruh negara boleh mengusulkan supaya satu Perhimpunan Agung Khas diadakan.

Iklan
Iklan

"Nasib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi boleh dibincangkan dalam perhimpunan agung khas itu," katanya menerusi Twitternya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menzahirkan reaksi sama.

Iklan

"Dalam situasi yang penuh tidak ketentuan dan kebimbangan, saya menggesa kepimpinan tertinggi Umno untuk segera memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).

"Jaminan harus diberi kepada akar umbi di setiap peringkat berkaitan apakah langkah dan ketetapan kepimpinan dalam mengurus krisis parti. Jangan berlengah, akar umbi mengharap," desaknya.

Iklan

Semalam, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau tidak akan tunduk kepada desakan agar meletakkan jawatan, dan berkata, hanya boleh disingkirkan melalui perhimpunan agung Umno dengan kehadiran dua pertiga perwakilan.