Putera Jepun Hisahito dijangkiti Covid-19

Iklan
Putera Hisahito mengalami demam berterusan, dan ujian kedua mendapati baginda positif virus itu.

TOKYO - Putera Jepun Hisahito disahkan dijangkiti Covid-19, lapor Sputnik.

Putera Hisahito, 17 ialah anak tunggal Putera Mahkota Akishino (Fumihito) bersama Puteri Mahkota Kiko.

Iklan
Iklan

Agensi berita Jepun Kyodo melaporkan pada Khamis, memetik kenyataan Imperial Household bahawa putera raja itu mengalami gejala demam sekembalinya dari sekolah pada Rabu, tetapi ujian awal gagal mengesan jangkitan Covid-19.

Pada Khamis, Putera Hisahito mengalami demam berterusan, dan ujian kedua mendapati baginda positif virus itu, menurut agensi itu.

Iklan

Ujian yang dijalankan ke atas Putera Mahkota dan Puteri Mahkota bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif. - Bernama

Iklan