Dilihat mesra: Farid Kamil, Diana Danielle sudah berbaik?

Iklan
Pasangan tersebut dilihat muncul di tempat awam di sekitar Mont Kiara dan kelihatan cukup mesra.

UMUM sudah mengetahui pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle sudah bercerai talak satu menerusi sidang video di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada 10 Ogos lalu.

Farid juga sebelum ini memaklumkan tidak merancang untuk rujuk dan menerima apa yang berlaku dengan hati terbuka.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun hujung minggu lalu, pasangan tersebut dilihat muncul di tempat awam di sekitar Mont Kiara dan kelihatan cukup mesra.

Sinar Harian yang menerima beberapa kiriman gambar dan video yang jelas menampakkan Diana memegang tangan Farid di tepi jalan.

Iklan

Namun usaha untuk mendapatkan penjelasan pasangan ini tidak berhasil apabila mereka tidak membalas kiriman mesej yang diberi.

Jika benar mereka memilih untuk berbaik, kami juga doakan yang terbaik dan pastinya ia berita yang sangat gembira buat Muhammad dan Aurora.

Iklan