LEGENDA Arsenal, Lauren menyifatkan pengendali The Gunners, Mikel Arteta berjaya meletakkan semula kelab London tersebut kembali menjadi antara pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang digeruni.
Menurut bekas pemain era The Invincibles kendalian Arsene Wenger itu, karakter dimiliki bekas penolong Pep Guardiola semasa di Manchester City itu menjadi asas kepada pembentukan Arsenal yang lebih berdaya saing ketika ini.
"Arteta telah mengubah hala tuju kelab sejak mengambil alih beberapa tahun lalu menjadikannya dikagumi semua orang dalam dan luar kelab, sesuatu yang sukar dibentuk sebelum ini.
"Apabila anda pergi ke Emirates, anda akan merasakannya. Malah keazaman dan dedikasi Arteta ketika pramusim meyakinkan para penyokong Arsenal.
"Dia membawa kelab kembali Liga Juara-Juara, sebelum memulakan musim baharu dengan merangkul Perisai Komuniti mengalahkan Manchester City. Ya, dia sedang memacu Arsenal di landasan betul menuju era kecemerlangan,” kata bekas pemain Cameroon yang memenangi lima trofi utama dalam tujuh musim di London.
Arsenal yang menghuni tangga kelima liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan akan berkunjung ke Goodison Park menentang Everton pada Ahad.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (16 SEPTEMBER)
Wolves lwn Liverpool, 7.30 malam
Fulham lwn Luton Town, 10 malam
Tottenham Hotspur lwn Sheffield United, 10 malam
West Ham United lwn Manchester City, 10 malam
Manchester United lwn Brighton, 10 malam
Aston Villa lwn Crystal Palace, 10 malam
AHAD (17 SEPTEMBER)
Newcastle United lwn Brentford, 12.30 tengah malam
Bournemouth lwn Chelsea, 9 malam
Everton lwn Arsenal, 11.30 malam
SELASA (19 SEPTEMBER)
Nottingham Forest lwn Burnley, 2.45 pagi