Nasib Walker bersama City terjawab

Iklan
Walker membaharui kontrak bersama City sehingga 2026. Foto Agensi

TEKA-TEKI masa depan pemain pertahanan, Kyle Walker bersama Manchester City terjawab apabila dia menandatangani lanjutan kontrak selama dua tahun bersama The Citizens awal pagi Jumaat.

Pemain berusia 33 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Bayern Munich.

Iklan
Iklan

Khidmat Walker bersama juara treble itu jarang digunakan musim lalu selain digugurkan daripada kesebelasan utama ketika City menang pada final Liga Juara-Juara ke atas Inter Milan, Jun lepas.

Dia berada dalam tahun terakhir kontrak, namun The Citizens meletakkan pertahanan kanan itu dalam pasaran perpindahan hingga ke hari terakhir dan memujuknya untuk menyambung kontrak di Manchester.

Iklan

Sejak menyertai City pada 2017, Walker telah mengumpul 13 trofi kejuaraan utama bersama The Citizens.

"Saya menikmati setiap saat bagi tempoh enam tahun terakhir di kelab fantastik ini," katanya.

Iklan

Jurulatih City, Pep Guardiola memberi kepercayaan kepada Walker untuk bertindak sebagai kapten dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

"Musim kejuaraan treble satu daripada memori yang tidak akan saya lupakan. Kami sedia untuk terus mencuba memenangi lebih banyak trofi,” katanya.