Warga asing beri alasan beli motosikal orang tempatan

Iklan
Antara motosikal yang ditahan menerusi operasi di sekitar Pandan Mewah dan Tasik Tambahan di sini pada Khamis.

AMPANG JAYA - Tiada lesen selain motosikal tiada cukai jalan antara kesalahan dikesan melibatkan penunggang warga asing yang ditahan dalam operasi sekitar Pandan Mewah dan Tasik Tambahan di sini pada Khamis.

Selain itu, mereka turut mendakwa motosikal yang ditunggang itu dibeli dari warga tempatan bagi memudahkan pergerakan harian.

Iklan
Iklan

Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Ampang Jaya itu bermula jam 7 petang sehingga 9 malam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, sebanyak 31 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Iklan

"Tiada lesen memandu yang merupakan kesalahan paling banyak dikesan dengan 20 saman melibatkan 14 motosikal dan satu kereta yang digunakan oleh warga asing.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan terhadap motosikal yang ditahan menerusi operasi dijalankan di sekitar Pandan Mewah dan Tasik Tambahan di sini pada Khamis.

"Selain itu, kesalahan melibatkan nombor pendaftaran (4), kesalahan mengubah suai ekzos (3) dan dua saman bagi kesalahan cermin sisi dan brek tidak berfungsi dengan baik," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, tindakan masyarakat yang menjual kenderaan tanpa menukar hak milik kepada warga asing adalah satu kesalahan.

"Pemilik dinasihatkan tidak memberi kebenaran kepada individu yang tiada lesen memandu menggunakan kenderaannya terutamanya kepada warga asing.

"Kes membabitkan pemandu atau penunggang warga asing tidak akan berlaku sekiranya penduduk tempatan tidak menjual atau menyewakan kenderaan mereka kepada golongan berkenaan," katanya.

Menurutnya, tindakan sambil lewa segelintir masyarakat ini boleh diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

"Pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 26(1)b Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan orang lain memandu kenderaannya tanpa lesen (Subahat)," katanya.