2,284 kes demam denggi, dua kematian dilaporkan pada ME36

Iklan
Sebanyak 66 lokaliti ‘hotspot’ dilaporkan dengan sebahagiannya berada di Selangor. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi meningkat sebanyak 360 kes atau 18.7 peratus kepada 2,284 kes pada Minggu Epidemiologi ke-36 (ME36), iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 September berbanding 1,924 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME36.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah 82,485 kes berbanding 39,188 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 43,297 kes atau 110.5 peratus.

"Sejumlah 59 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, 66 lokaliti ‘hotspot’ dilaporkan pada ME36 berbanding 83 pada minggu sebelumnya, dengan 47 lokaliti berada di Selangor, 13 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Kelantan serta masing-masing satu di Sabah, Pulau Pinang dan Perak.

Mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata, tiga kes direkodkan pada ME36 menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini 166 kes.

Iklan

Bagi survelan zika pula, beliau berkata 2,114 sampel darah serta 167 sampel urin disaring dan hasilnya semua negatif. - Bernama