Malaysia mainkan peranan penting dalam banteras Islamophobia

Iklan
Anwar pada majlis Solidariti Wakaf Sejuta al-Quran, di Nasyul Quran, Putrajaya pada Jumaat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha membanteras Islamophobia, kejahilan dan kebencian terhadap Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perbuatan membakar al-Quran yang berlaku akibat kejahilan, sombong dan pemikiran neokolonial, perlu dibanteras menerusi ilmu dan pemahaman.

Iklan
Iklan

"Bagi orang Islam sudah tentu melalui al-Quran,” katanya kepada media selepas menunaikan solat Jumaat di Kompleks Nasyrul Quran di sini pada Jumaat.

Anwar berkata, al-Quran dan terjemahannya yang dihasilkan oleh Yayasan Restu, telah dicetak, diterjemahkan dan diedarkan ke seluruh dunia, khususnya di negara-negara Barat.

Iklan

"...supaya mereka (orang Barat) berpeluang membaca, memahami untuk menghayati, seperti yang kita lakukan dalam menghormati agama lain di negara ini.

"Saya berharap melalui usaha ini, kita dapat mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan lebih memahami serta menghormati kemanusiaan,” katanya. - Bernama

Iklan