KEMAMAN - Seorang pembantu kedai perkakasan direman selama empat hari berhubung kejadian membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki dan mengalami kerugian RM2,200.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, perintah reman dikeluarkan mahkamah terhadap lelaki terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut kes dilakukan.
Iklan
Iklan
"Suspek direman sehingga 18 September ini selain akan dituduh di mahkamah pada tarikh yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan helah seorang pembantu kedai perkakasan membuat laporan polis kononnya disamun dua lelaki dan mengalami kerugian RM2,200 akhirnya terbongkar.
Tindakan lelaki berusia 29 tahun yang berasal dari Pahang itu berjaya dihidu pihak polis setelah mendapati laporan dibuat adalah palsu.
Hanyan berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan telah kehabisan duit gaji dan tidak mampu memberikan duit belanja kepada isterinya.
Artikel Berkaitan