Ahli farmasi Jerman keluar amaran kekurangan serius ubat-ubatan

Iklan
Penduduk Jerman kini terjejas akibat berlaku kekangan terhadap bekalan ubat-ubatan tertentu. - Foto 123RF

BERLIN - Sebanyak 1.5 juta penduduk Jerman kini terjejas akibat berlaku kekangan terhadap bekalan ubat-ubatan tertentu, kata North Rhine Chamber of Pharmacists pada Khamis.

"Adakalanya bekalan hampir habis dan antibiotik sangat terhad dan... bekalan perlu disediakan dengan segera," lapor Xinhua memetik pengerusi persatuan itu Thomas Preis.

Iklan
Iklan

Di Jerman, 80 peratus daripada ubat generik yang murah, ubat yang patennya telah tamat tempoh. Ia semakin berkurangan," menurut Preis.

Tahun lepas, terdapat kekurangan antibiotik yang teruk dan beberapa ubat untuk kanak-kanak, selepas gelombang jangkitan.

Iklan

Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach akan membincangkan situasi bekalan yang sukar itu dengan pakar perubatan, ahli farmasi dan industri farmaseutikal.

Sementara itu, Preis berkata, tumpuan kini mesti diberikan kepada penjagaan pesakit.

Iklan

Beliau menekankan mengenai pentingnya bekalan ubat yang boleh dipercayai, terutama untuk kanak-kanak.

Menurut laporan terbaru dari Robert Koch Institute (RKI) bagi penyakit berjangkit, penyakit pernafasan akut dalam populasi Jerman terus meningkat.

Bilangan kes Covid-19 yang bermula dari paras rendah pada musim panas, terus meningkat sejak awal Julai. - Bernama-Xinhua