Saintis China bangunkan peranti komputer berasaskan DNA

Iklan
China telah membangunkan sejenis peranti pengkomputeran baharu serba guna dan boleh diprogram berdasarkan molekul DNA. - Foto 123rf

SHANGHAI - Para saintis China telah membangunkan sejenis peranti pengkomputeran baharu serba guna dan boleh diprogram berdasarkan molekul DNA, satu lagi kejayaan penting ke arah pembangunan komputer DNA, lapor Xinhua.

Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.

Iklan
Iklan

Litar fasa cecair menggunakan kod genetik adalah strategi baharu pengkomputeran yang mempunyai potensi besar untuk keselarian besar-besaran dalam pengekodan dan pelaksanaan algoritma.

Iklan

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature minggu ini menunjukkan penyepaduan tata atur sistem gerbang boleh atur cara (DPGA) berasaskan DNA berbilang lapisan, boleh menyelesaikan persamaan kuadratik.

Para penyelidik dari Shanghai Jiao Tong University memasang peranti itu dengan tiga lapisan DPGA berjujukan yang terdiri daripada 30 pintu logik dengan kira-kira 500 strain DNA. Ia berfungsi untuk mengawal perlanggaran rawak molekul.

Iklan

Mereka telah mendapati bahawa penggunaan polimer untaian tunggal yang terdiri daripada sebilangan kecil nukleotida, sebagai isyarat penghantaran seragam dengan pasti boleh mengintegrasikan litar bersepadu berskala besar dengan kebocoran minimum dan kesetiaan tinggi untuk pengkomputeran serba guna.

Dilengkapi penukar analog-ke-digital, peranti itu boleh digunakan untuk mengklasifikasikan mikroRNA berkaitan penyakit, menurut kajian itu. - Bernaam-Xinhua