KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan Eksesais COPE TAUFAN 2023 bersama Pacific Air Forces (PACAF) bermula 16 hingga 29 September ini.
TUDM menerusi kenyataan pada pada Jumaat memaklumkan sepanjang tempoh itu, aset TUDM dan PACAF akan melakukan penerbangan taktikal di kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan latihan melibatkan ruang udara di beberapa negeri antaranya Pulau Pinang, Pahang dan Perak.