Sabah kempunan bawa bekalan selesa di Stadium Likas

Iklan
Pemain Sabah FC, Darren Lok (kanan) meraikan jaringannya pada saingan Piala Malaysia menentang Perak FC di Stadium Likas pada Jumaat. - Foto Bernama

SABAH FC gagal memanfaat kelebihan bermain di halaman sendiri apabila hanya mampu mengikat Perak FC 2-2 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 di Stadium Likas malam Jumaat.

Skuad Badak bermula garang apabila pemain penyerang Darren Lok memperoleh gol seawal minit ketiga apabila tandukannya berjaya menewaskan penjaga gol pasukan lawan T Shaheeswaran.

Iklan
Iklan

Pasukan pelawat bangkit menyeimbangkan keadaan dan tidak menunggu lama bagi merapatkan jurang apabila rembatan kencang pemain import Luciano Guaycochea menewaskan penjaga gol tuan rumah Khairul Fahmi Che Mat pada minit kesembilan.

Iklan

Bersambung babak kedua, Sabah tidak menunggu lama untuk mendahului pihak lawan apabila tandukan Ramon Machado hasil hantaran Saddil Ramdani berjaya menewaskan penjaga gol Perak menjadikan kedudukan 2-1 pada awal minit pertama separuh masa kedua.

Namun kegembiraan penyokong tuan rumah tidak kekal lama apabila skuad The Bos Gaurus berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-54 hasil rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor dan keputusan kekal sehingga tamat masa kedua.

Iklan

Suku akhir kedua di antara Sabah FC dan Perak FC dijadualkan pada 25 September ini di Stadium Perak, Ipoh. - Bernama