Nahas Elmina: Masih belum dapat rungkai misteri

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu.

SHAH ALAM - Maklumat laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) berhubung nahas pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos didakwa terlalu ringkas dan belum dapat merungkai persoalan mengenai punca kejadian.

Bekas Ketua Juruterbang Malaysia Airlines (MAS), Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, laporan itu tidak memberi penjelasan secara terperinci berkenaan berat muatan atau sukatan bahan api pesawat sebelum berlepas dari Langkawi.

Iklan
Iklan

Jelasnya, setakat ini pencerahan itu hanya dapat dikongsikan dalam kandungan laporan akhir yang akan diumumkan dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.

"Dari segi pelesenan dan juga dokumen teknikal pesawat, laporan menyatakan kesemua syarat-syarat dipenuhi dan ia dilaporkan dalam keadaan baik.

Iklan
Keadaan di lokasi kejadianl pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas berhampiran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu. - Foto Bernama

"Sungguhpun terdapat dua juruterbang, namun seorang yang mempunyai kelulusan pemanduan pesawat tersebut termasuk cuaca juga dilaporkan tidak menjadi punca kejadian. Tetapi status penerbangan, sama ada peribadi atau disewa khas tidak dimaklumkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Sementara itu, pakar penerbangan, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff meminta siasatan lanjut berkaitan fail audio dan CVR yang berjaya dipulihkan oleh makmal di Amerika Syarikat (AS) segera disemak bagi mengetahui punca tepat insiden berkenaan.

Iklan

Menurut beliau, laporan awal kemalangan itu jelas menjawab spekulasi netizen mengenai enjin pesawat yang didakwa gagal berfungsi disebabkan komponen kipas atau sedutan bahan asing seperti burung.

"Tetapi kedua-dua belah enjin pesawat terbukti dalam keadaan baik hingga saat hentaman berlaku.

"Selain itu, dua orang juruterbang itu juga mempunyai kelayakan penerbangan dari segi pensijilan dan kesihatan fizikal,” katanya.