Warga emas rentung dalam kereta

Iklan
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kejadian kebakaran empat kenderaan di tempat parkir di Desa Mentari, Petaling Jaya pada Sabtu. - Foto: JBPM Selangor

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga emas rentung dalam kejadian kebakaran babit empat kenderaan di kawasan parkir di Desa Mentari dekat sini pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.45 pagi.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan empat kenderaan jenis Ford Telstar yang terbakar 100 peratus, Naza Citra (50 peratus), Proton Wira (5 peratus) dan lori Daihatsu (5 peratus).

"Terdapat seorang lelaki tempatan berusia 60-an yang berada di dalam kereta Naza Citra itu telah rentung," katanya pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.