Kane masih cuba sesuaikan diri bersama Bayern

Iklan
Kane (kiri) terus tajam bersama Bayern. - Foto AFP

PENYERANG Bayern Munich, Harry Kane yakin mampu meningkatkan prestasinya selepas menjaringkan gol keempat dalam empat perlawanan ketika pasukannya seri 2-2 di tempat sendiri dengan Bayer Leverkusen pada awal pagi Sabtu.

Kane membuka jaringan hanya dalam tempoh tujuh minit perlawanan sebelum disamakan Alex Grimaldo pada minit ke-24.

Iklan
Iklan

Leon Goretzka kembali meletakkan Bayern di depan pada minit ke-86 dan dengan kelebihan 2-1, pasukan gergasi Jerman itu kelihatan bersedia untuk kemenangan keempat berturut-turut sebelum Exequiel Palacios menjaringkan penalti untuk Leverkusen pada masa kecederaan bagi menyamakan kedudukan.

Walaupun terus tajam meledak gol, Kane mendedahkan dia masih menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya selepas berpindah dari Tottenham pada Ogos.

Iklan

"Sudah tentu saya sentiasa gembira untuk menjaringkan gol, secara keseluruhan saya masih baru mengenali pasukan, saya fikir saya boleh meningkat dalam permainan saya.

"Saya rasakan dengan setiap sesi latihan dan setiap perlawanan, saya semakin mengenali rakan sepasukan. Ketika musim berlangsung, ia akan lebih kuat lagi," katanya.

Iklan

Kapten Bayern, Thomas Mueller dan jurulatih, Thomas Tuchel mempertikaikan keputusan pengadil apabila mereka berdua menganggap penalti itu tidak sepatutnya diberikan.

Empat gol Kane meletakkannya satu gol di belakang pendahulu Serhou Guirassy dari Stuttgart dalam senarai penjaring Bundesliga.

Kapten England itu akan membuat penampilan sulung Liga Juara-Juara bersama Bayern apabila menentang Manchester United awal pagi Khamis ini.

"Ia akan menjadi perlawanan yang sangat bagus. Jelas sekali Manchester United adalah pasukan yang besar dan mempunyai beberapa pemain yang berkualiti, jadi kami perlu bersedia dengan baik," katanya.