Arsenal tekad tamat kemarau kemenangan di Goodison Park

Iklan
Mikel Arteta

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mahu para pemainnya menamatkan badi kekalahan ke atas Everton apabila kedua-dua pasukan bertemu di Goodison Park dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

The Gunners gagal meraih sebarang kemenangan ke atas Everton di Goodison Park sejak 2017 dan Arteta tahu mereka hanya akan menghapuskan rentak pahit itu jika mereka menyamai aksi agresif pasukan Sean Dyche.

Iklan
Iklan

Tanpa kemenangan liga musim ini, Everton sudah terdesak untuk mendapatkan mata, manakala Arsenal telah membuat permulaan yang tidak meyakinkan walaupun masih memegang rekod tanpa kalah.

"Saya sangat teruja mengenainya, enam tahun lepas kami tidak menang di sana jadi kami perlu memperolehnya.

Iklan

"Kami tahu kami perlu melakukan yang terbaik untuk menewaskan mereka di sana dan itu sesuatu yang kami belum berjaya lakukan. Jadi, di situlah kami akan bermula.

"Kami pernah berada di tempat yang mana kami belum menang dan kami telah melakukannya. Ini tentang memahami kepentingan dan mengetahui kekurangan kami dalam perlawanan itu dan memperbaikinya," katanya.

Iklan

Bekas bos Burnley, Dyche mempunyai reputasi yang sangat baik, namun Arteta yakin Arsenal mampu menghadapi ujian fizikal.

"Kadang-kadang anda tidak boleh mengelak pertarungan (dengan Everton), gaya permainan yang mereka ada sangat jelas dan mereka sangat bagus dalam hal itu," katanya.