Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa

Iklan
Pasukan polis berkawal di pekarangan masjid sementara ahli jawatankuasa mula mengunci pagar utama masjid.

KUALA LUMPUR - Keadaan premis perniagaan dan penjaja di sekitar kawasan Masjid Jamek Kampung Baru dibuka seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.

Berdasarkan pemerhatian Sinar Harian, rata-rata peniaga masih membuka kedai dan menerima pelanggan walaupun terdapat Himpunan Selamatkan Malaysia sejak awal pagi tadi.

Iklan
Iklan

Selain itu, keadaan trafik juga terkawal dan orang ramai dapat melakukan urusan seperti biasa.

Dalam pada itu, pasukan polis dilihat mula membuat kawalan di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru susulan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan berlangsung pada Sabtu.

Iklan
Keadaan semasa di premis perniagaan di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Pasukan polis yang terdiri lebih dari 20 anggota itu dilihat mula tiba pada jam 11.40 tengah hari sebelum mula berbaris di sekitar perkarangan masjid berkenaan.

Kemudian, turut dilihat ahli jawatankuasa masjid mula mengunci pintu utama pagar masjid pada jam 11.50 tengah hari.

Iklan

Pada Jumaat, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari berkata, mereka tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan berlangsung di ibu negara.

Ujarnya, ketetapan itu dibuat dengan mengambil kira polis telah menerima notis penganjuran perhimpunan tersebut.