Muda tempelak, persoal janji PH

Iklan
Muda Muar menempelak PH dan mempersoalkan janji parti itu untuk menolak rasuah serta sentiasa berpandukan tata kelola yang baik.

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Muar menempelak Pakatan Harapan (PH) dan mempersoalkan janji parti itu untuk menolak rasuah serta sentiasa berpandukan tata kelola yang baik.

Ketua Penerangan Muda Parlimen Muar, Muhammad Amir Fiqri Mustapha berkata, sedangkan sekarang PH dilihat sudah terbuka menormalisasi rasuah bersama Barisan Nasional (BN).

Iklan
Iklan

"Teruskan pendirian ini dan lihat rakyat akan menghukum PH kerana tidak melaksanakan janji untuk melawan rasuah. Di mana janji reformasi yang ingin dilakukan pra-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ?

Tambah Muhammad Amir Fiqri, kerajaan sebelum ini mempunyai majoriti dua per tiga dan boleh membuat pindaan yang perlu pada bila-bila masa.

Iklan

"Alasan beri kami masa tidak lagi boleh diguna pakai, adakah 20 tahun melaungkan reformasi ini hanyalah sekadar laungan dan tiada rancangan?" soalnya.

Beliau juga tidak terkejut dengan pendirian PH yang meminta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengosongkan kerusi kawasan itu kerana tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.

Iklan

"Syed Saddiq telah memberi komitmen untuk menyokong semua keputusan jika ia untuk kebaikan Malaysia walaupun di kerusi pembangkang.

"Bagaimanapun, kerajaan sekarang secara jelas menyokong rasuah dan kleptokrat," katanya.