Ismail Sabri sangsi negeri pembangkang terima peruntukan RMK12

Iklan
Ismail Sabri

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 'sangsi' keupayaan menoktahkan 114,000 keluarga miskin tegar pada hujung tahun, termasuk status 50 peratus siling peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada empat negeri pembangkang dan Borneo.

Beliau berkata, dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 pada Isnin di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyentuh secara mendalam berkait hal itu kepada Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, selain Sabah serta Sarawak.

Iklan
Iklan

Katanya, bagi menghapuskan miskin tegar juga membabitkan pembangunan seimbang antara wilayah untuk memastikan pembahagian ekonomi dapat dinikmati semua pihak.

"Ia bagi memastikan jurang antara wilayah dapat dikurangkan dan meningkatkan tahap sosioekonomi dengan pembangunan infrastruktur namun, tidak disentuh secara mendalam ketika pembentangan KSP. Apakah peruntukan sebanyak 50 peratus akan diteruskan untuk negeri-negeri ini?

Iklan

Ahli Parlimen Bera itu juga memberitahu, perubahan minda atau cara fikir menjadi cabaran terbesar dalam usaha menghapuskan kemiskinan.

"Tanpa anjakan minda amat sukar untuk berjaya. Sebab itu, usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar yang dilaksanakan sebelum ini tidak membuahkan hasil,” jelasnya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau berpendapat harga barang sepatutnya turun kesan inflasi mereda.

"Namun, rakyat hari ini masih perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli barang dapur. Oleh itu, kerajaan perlu menilai semula langkah pengurangan permit import makanan kerana membuka ruang kepada monopoli, sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang.

"Dalam keadaan mencabar, kita memerlukan langkah jangka pendek bagi memastikan harga bahan makanan khususnya beras tidak naik dengan mendadak,” katanya.