Sambut Hari Malaysia bersama K-Clique di Splash Carnival

Iklan
K-Clique menjadi artis penutup untuk Splash Carnival Legoland.

BAGI yang mahukan kelainan sempena sambutan Hari Malaysia hari ini, sertai kumpulan rap terkenal, K-Clique di Splash Carvinal, Legoland Malaysia bermula 5 petang hingga 7 malam.

K-Clique yang dianggotai oleh MK, Noki, SoMean, KDeaf, Gnello, FareedPF dan NastyNas dijangka menyampaikan beberapa lagu hits mereka khas buat pengunjung Splash Carnival.

Iklan
Iklan

Selain itu, pengunjung juga masih boleh melakukan pelbagai aktiviti lain seperti Lego Boat Race, Limbo Rock dan cabaran Hula Hoop, Aqua Zumba dan Just Dance Wavepool serta Aquatic Symphony.

Pengarah Bahagian Legoland Malaysia Resort, CS Lim memaklumkan pihaknya menjanjikan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan seperti permainan air yang mendebarkan kepada semua peringkat umur serta menjadi destinasi percutian keluarga terbaik.

Iklan

"Pengunjung berpeluang merasai pelbagai cabaran di taman tema air serta mencipta kenangan manis bersama ahli keluarga.

"Selain persembahan artis secara live, pihak kami turut menyediakan aktiviti yang mesra keluarga dan permainan bertemakan air,” katanya

Iklan

Akses kepada hiburan yang luar biasa ini boleh didapati melalui laman web rasmi Legoland Malaysia Resort.