KXP pacu pertumbuhan ekonomi: MB Kedah

Iklan
Mukhriz beramah mesra bersama wakil masjid yang hadir pada majlis sumbangan moreh kepada wakil masjid di Masjid Kampung Kandis di sini semalam.

KODIANG - Kerajaan Kedah akan mengadakan pertemuan dengan Pulau Pinang untuk membincangkan mengenai pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang sebelum ini mendapat tentangan dari negeri berkenaan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kerajaan negeri akan meyakinkan Pulau Pinang bahawa pembinaan lapangan berkenaan tidak akan menjejaskan kepentingan ekonomi negeri terbabit.

Iklan
Iklan

Katanya, pembangunan KXP berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi di wilayah utara.

"Insya-ALLAH pertemuan ini akan diadakan dalam masa terdekat dan turut disertai oleh kerajaan Perak untuk mendapatkan pandangan berkaitan isu ini dan beberapa perkara lain," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan moreh kepada wakil masjid dalam kawasan Jerlun di Masjid Kampung Kandis di sini.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menyuarakan kebimbangan mereka dengan menjangkakan KXP akan menjadi saingan dan mengurangkan kadar penggunaan kemudahan infrastruktur kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

ARTKEL BERKAITAN: KXP bukan pelengkap tapi pesaing kepada LTAPP

Iklan

Dalam sidang DUN baru-baru ini, Kon Yeow juga menjelaskan Pulau Pinang bakal kehilangan pelabur yang akan beralih arah ke kawasan Kulim jika KXP dibina.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, kerajaan negeri dalam proses untuk mengisytiharkan Hutan Simpan Ulu Muda, dekat sini sebagai taman negeri bagi memelihara dan memulihara kawasan tadahan air itu seperti yang disyorkan Kerajaan Persekutuan.

"Selain itu, di samping untuk tujuan pelihara hutan simpan berkenaan, kami juga sedang mengenal pasti aktiviti yang tidak dibenarkan di dalam sesuatu kawasan taman negeri kerana pada masa sama kerajaan negeri mahu menggalakkan aktiviti ekopelancongan di situ," katanya.