Malaysia akan terus pelajari inovasi pembinaan rumah dari China

Iklan
Nga Kor Ming

NANNING - Malaysia akan terus mempelajari inovasi pembinaan rumah dari China dalam usaha menyediakan kediaman lebih selamat untuk rakyat, kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Kor Ming, yang menghadiri mesyuarat Meja Bulat Peringkat Menteri China-ASEAN mengenai Pembinaan di sini berkata, langkah itu juga mampu menyediakan kediaman yang lebih selesa untuk rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Inisiatif Nanning yang diluluskan oleh 10 negara anggota ASEAN dan China hari ini akan membolehkan suara Malaysia didengari di peringkat antarabangsa.

"Malaysia akan kekal terbuka di arena antarabangsa dan terus menjalin kerjasama dengan China serta ASEAN ke arah mencapai situasi menang-menang,” katanya kepada wartawan Malaysia.

Iklan

Mesyuarat meja bulat itu adalah usaha untuk mempercepat Agenda Pembangunan Mampan 2030, memperkukuh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan kerjasama China-ASEAN dalam bidang perumahan selain pembangunan bandar serta luar bandar. - Bernama

Iklan