'Prinsip keadilan Islam tidak lagi dijunjung'

Iklan
Mohd Khairuddin

SHAH ALAM - Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa prinsip keadilan Islam tidak lagi dijunjung oleh kumpulan yang mengaku memperjuangkan agama.

Beliau berkata, demonstrasi yang kononnya untuk menyelamatkan Malaysia pada hari ini digunakan untuk menghancurkan maruah manusia yang dituduh.

Iklan
Iklan

"Islam apa yang diperjuangkan sekiranya maruah manusia yang tertuduh dimusnahkan dengan persepsi yang jahat.

"Tuduhan pula bermotifkan politik kerana perbezaan pegangan parti,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Satu Himpunan Selamatkan Malaysia yang dianjurkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama gabungan badan bukan kerajaan (NGO) di ibu negara pada Sabtu merupakan satu tindakan tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan berikutan keputusan mahkamah yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Peserta perarakan tersebut berkumpul di Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira jam 12 tengah hari sebelum bergerak ke pusat beli-belah dan bersurai sekitar jam 3:30 petang.

Iklan

Khairuddin memberitahu perarakan tersebut dibuat kononnya atas nama perjuangan menyelamatkan negara.

"Keadilan sejagat tidak lagi dijunjung,” ujarnya.