Debut Neymar saksi Al-Hilal baham habis Al-Riyadh

Iklan
Penjaga gol Riyadh, Martin Campana menyelamatkan percubaan bintang Al-Hilal, Neymar semasa aksi Liga Pro Saudi di Stadium Putera Faisal Bin Fahd, Riyadh. - Foto AFP

PENJARING terbanyak Brazil sepanjang zaman, Neymar melakukan penampilan sulung dalam Liga Pro Saudi untuk Al-Hilal dengan menyaksikan kelab baharunya membelasah Al-Riyadh 6-1 di Stadium Putera Faisal Bin Fahd pada Sabtu.

Bekas peledak kelab Ligue 1 Perancis Paris Saint-Germain (PSG) itu dimasukkan minit ke-64 menggantikan rakan senegara dari Brazil, Michael.

Iklan
Iklan

Pemain berusia 31 tahun itu bulan lalu menyertai bekas juara Asia tersebut dengan harga 90 juta euro dari PSG, menjadi perancang kepada jaringan keempat Al-Hilal yang diledakkan oleh Malcom pada minit ke-83.

Aleksandar Mitrovic terlebih dulu meletakkan Al-Hilal di hadapan dengan sepakan penalti minit ke-30 sebelum Yassir Al-Shahrani (m-49) menjadikan kedudukan 2-0.

Iklan

Nasser Al-Dawsari kemudian melebarkan kedudukan pendahulu liga tersebut dengan gol minit ke-68 untuk kedudukan 3-0.

Kapten Al-Hilal, Salem Al-Dawsari melengkapkan pesta gol Al-Hilal dengan dua lagi jaringan pada minit ke-87 dan minit-95.

Iklan

Dalam pada itu, gol saguhati Al-Riyadh kendalian Yannick Ferrera dijelmakan hasil sentuhan Ali Al-Zaqaan pada minit ke-96.

Sebagai rekod, Neymar, yang melepasi rekod legenda Brazil mendiang Pele sebagai penjaring terbanyak skuad Samba apabila menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-1 ke atas Bolivia, Jumaat lalu.

Namun dia tidak bermain untuk Al-Hilal yang dikendalikan Jorge Jesus sejak berpindah ke Arab Saudi kerana kecederaan buku lali.