Tertelan Airpods kerana disangka vitamin

Iklan
Kejadian menimpa Tanna Barker turut menjadi tular selepas dia membuat pengakuan menerusi video yang dikongsi di TikTok. - Foto Agensi

SAN FRANCISCO - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) didakwa tertelan salah satu daripada fon telinga Airpods miliknya kerana menyangka ia ialah vitamin.

Kejadian menimpa Tanna Barker turut menjadi tular selepas dia membuat pengakuan menerusi video yang dikongsi di TikTok.

Iklan
Iklan

Barker menjelaskan dia sedang berborak dengan rakannya ketika dia menanggalkan salah satu fon telinga keluaran Apple itu kerana mahu mendengar perbualan temannya dengan lebih jelas.

"Pada masa sama, dia juga mengambil 'vitamin' dan memasukkan ke dalam mulutnya. Tidak lama selepas itu, Barker baru menyedari vitamin sebenar masih berada di dalam tangannya," lapor Android Authority.

Iklan

Wanita itu bagaimanapun masih boleh ketawa apabila menceritakan semula detik melucukan tersebut.

"Saya telah menghubungi doktor dan beberapa rakan untuk meminta nasihat mereka. Kesemuanya memberikan saranan yang sama iaitu menyuruh saya membiarkan ia keluar sendiri dengan najis," jelas laporan itu lagi.

Iklan

Pada 2021, seorang lagi wanita di AS pernah berdepan situasi sama dan paling memeranjatkan apabila Airpods itu dikatakan masih berfungsi dengan baik kerana dapat merakam bunyi perutnya. - Agensi