29 rumah rosak dipukul ribut susulan hujan lebat di Tambun

Iklan
Terdapat 20 rumah terjejas akibat ribut di Bandar Baru Putra, lapan rumah di Taman Putra Indah dan sebuah di Taman Indah di daerah Kinta, Tambun, Perak. - Foto ihsan APM Perak

TAMBUN - Sebanyak 29 buah rumah rosak dipukul ribut susulan hujan lebat berterusan sejak petang semalam di tiga lokasi di daerah Kinta di sini.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta, lokasi yang terjejas ialah Taman Indah, Taman Putra Indah dan Bandar Baru Putra.

Iklan
Iklan

Katanya, sehingga kini, tiada jalan yang dinaiki air atau terputus susulan insiden ribut tersebut.

Keadaan bumbung parkir kereta yang rosak akibat dipukul ribut susulan hujan lebat berterusan sejak petang Sabtu di tiga lokasi di daerah Kinta, Tambun, Perak. - Foto APM Perak

"Pihak kami terima kes mengenai ribut di kawasan itu dari Pegawai Daerah dan Penghulu pada jam 4.42 petang.

Iklan

"Terdapat 20 rumah terjejas akibat ribut di Bandar Baru Putra, lapan rumah di Taman Putra Indah dan sebuah di Taman Indah dekat sini," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun katanya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini. - Awani

Iklan
Keadaan bumbung rumah yang rosak akibat dipukul ribut dalam kejadian di tiga lokasi di daerah Kinta, Tambun, Perak pada Sabtu. - Foto APM Perak