Guardiola bangga aksi City

Iklan
Guardiola (tengah) berpuas hati dengan aksi dipamerkan para pemainnya untuk bangkit menewaskan West Ham United. - FOTO: AFP.

PEP Guardiola gembira selepas Manchester City melakukan kebangkitan untuk menewaskan West Ham United 3-1 di Stadium London pada Sabtu.

Guardiola kembali memimpin City selepas berehat akibat pembedahan belakang baru-baru ini dan melihat pasukannya mengawal permainan sebelum James Ward-Prowse meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-36

Iklan
Iklan

City bertindak balas selepas rehat dengan gol daripada Jeremy Doku, Bernardo Silva dan Erling Haaland mengubah keputusan untuk melebarkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kevin De Bruyne, John Stones, Mateo Kovacic dan Jack Grealish tidak berada dalam pasukan dan kebanyakan pemain baru sahaja kembali daripada tugasan antarabangsa, Guardiola sangat teruja dengan usaha yang dilakukan pemainnya.

Iklan

"Kami membuat begitu banyak peluang dalam masa 90 minit menentang pasukan yang berada dalam kedudukan bertahan, saya sangat berbangga dengan pasukan saya.

"Ia adalah kemenangan yang hebat untuk kami dengan semua masalah kecederaan yang kami ada dalam skuad kami.

Iklan

"Kami benar-benar bagus pada separuh masa pertama dan pada masa kedua kami bernasib baik. Kami bersabar dan menunggu peluang kami untuk menjaringkan gol," katanya.