BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Juventus yang belum membayar tunggakan gajinya ketika pandemik Covid-19 melanda dunia dua tahun lalu.
Kapten Portugal itu menuntut 17.15 juta pound (RM99.5 juta) seperti yang dijanjikan kelab apabila dia bersetuju menangguhkan gajinya semasa perintah berkurung.
Iklan
Iklan
Para pemain Juventus yang lain turut bersetuju menangguhkan pembayaran gaji mereka sehingga empat bulan ketika pandemik bagi membantu kelab yang bergelut dengan masalah kewangan.
Pemain berusia 38 tahun itu yang ketika ini bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr, mahu menuntut wang tersebut dan meminta dokumen berkaitan daripada pejabat Pendakwaraya Awam Turin.
Ronaldo meninggalkan Juventus pada Ogos 2021 untuk berhijrah ke Manchester United sebelum ditamatkan kontraknya akhir musim lalu.