Penduduk perlu main peranan jaga kebersihan Sungai Masai

Iklan
Pihak sukarelawan mengutip sampah di pinggir sungai pada program berkenaan.

JOHOR BAHRU - Penduduk Kampung Pasir Gudang Baharu di sini, diharap dapat memainkan peranan masing-masing bagi menjaga kebersihan sungai di situ, (Sungai Masai), termasuk bagi kawasan kampung berkenaan secara keseluruhannya.

Menurut ketua kampung berkenaan Daud Saad, faktor kebersihan berkenaan terutamanya di kawasan sungai di situ amat penting bagi penduduk kampung yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan.

Daud

Iklan
Iklan

Malah katanya, aliran sungai yang kotor ini dipercayai berpunca daripada pelbagai sumber yang belum dimuktamadkan lagi, namun salah satunya mungkin berpunca daripada kumbahan yang berada berhampiran dengan kampung berkenaan.

"Jadi kalau ia keluar (air kotor), kita akui orang kampung agak sukar cari rezeki mereka di kawasan sekitar dan terpaksa pergi jauh mungkin sampai ke Pengerang dan sebagainya.

Iklan

"Apabila itu berlaku mereka terpaksa berbelanja lebih, nak beli minyak lebih sebab terpaksa pergi jauh, tetapi kehidupan perlu diteruskan jadi memang tak ada pilihan untuk tujuan tersebut.

"Jadi dengan adanya hari seumpama ini, kita harap mereka nampak kebersihan itu penting untuk kita semua, bukan untuk penduduk kampung sahaja dan kalau boleh kita nak kampung ni dalam keadaan sihat dan tak ada penyakit berjangkit tetapi air pula yang kotor,” katanya.

Iklan

Daud berkata demikian pada sidang media sempena Program World Cleanup Day Peringkat Negeri Johor Tahun 2023 di kampung berkenaan, pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah SWcorp Malaysia Negeri Johor, Cairul Hisham Jalaluddin, Penolong Setiausaha Bahagian Kerajaan Negeri Johor, Ahmad Azhar Ab Hamid dan Ahli Majlis Zon Rinting 2, Law Yiak Kwang.

Untuk rekod, beberapa hari lalu, penduduk kampung berkenaan mengemukakan aduan mengenai air Sungai Masai di situ bertukar hitam dan berbau busuk.