Badan berbau punca suami isteri dihalau keluar pesawat

Iklan
Yehuda Yosef Adler (kanan) dan isterinya Jennie Adler dihalau keluar pesawat kerana badan berbau busuk. - Agensi

WASHINGTON - Sepasang suami isteri yang dihalau keluar dari pesawat penerbangan kerana badan mereka berbau busuk telah memfailkan saman terhadap Amerika Airlines kerana mendakwa mereka menjadi mangsa diskriminasi agama dan kaum.

Dalam tindakan sivil itu, pasangan Yehuda Yosef Adler dan Jennie Adler memberitahu bagaimana mereka mengalami 'penghinaan yang tidak tertanggung, penderitaan mental serta emosi' selepas dihalau keluar oleh syarikat tersebut.

Iklan
Iklan

Menurut Adler dan isterinya, dalam kejadian pada Januari 2019, kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami telah menghalaunya dan anak perempuan berusia 19 bulan dan berkata mereka 'mempunyai bau badan teruk'.

Bercakap kepada WPLC Local 10 News pada tahun sama, kakitangan itu membawa mereka keluar secara tiba-tiba dari pesawat tersebut.

Iklan

Selepas 'ditendang' keluar dari pesawat itu, keluarga tersebut menyatakan mereka diberitahu bagasinya akan dikembalikan semula.

Namun, bagasi mereka tidak dipulangkan dan mereka dibiarkan sehelai sepinggang tanpa sebarang keperluan untuk menjaga anak mereka, termasuk tempat duduk kereta dan kereta dorong bayi.

Iklan

Pasangan itu merupakan Yahudi Ortodoks menyatakan mereka akan membawa kes itu ke mahkamah untuk tindakan selanjutnya. - Agensi