Remaja hilang ditemukan selamat di rumah rakan

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan remaja terbabit.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak Rabu lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Semenyih, Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, remaja berusia 15 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang oleh ibu rakannya itu kira-kira 12.30 tengah hari semalam selepas menyedari kes kehilangan berkenaan melalui media sosial.

Iklan
Iklan

"Wanita berusia 48 tahun itu telah melihat hantaran di Facebook berkaitan kehilangan remaja tersebut yang sepanjang kejadian itu menumpang di rumahnya di Semenyih," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati remaja berkenaan melarikan diri dari rumah disebabkan perselisihan faham dengan keluarga.

Iklan

Katanya, rakannya tidak mengetahui remaja itu melarikan diri dari rumah kerana tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sepanjang remaja itu menumpang di rumahnya.

"Remaja itu dijumpai selamat tanpa sebarang kecederaan dan telah diserahkan kepada ibu bapanya di IPD Kajang," katanya.

Iklan

Rabu lepas, remaja terbabit disedari hilang setelah ibunya mendapati dia tidak pulang dari sekolah dan kemudian membuat laporan polis di IPD Kajang, pada hari sama. - Bernama