KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 stesen pemantauan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat 3 petang ini.
Berdasarkan data dalam laman sesawang Air Pollutant Index Management System (APIMS) kendalian JAS, kadar IPU di Cheras di sini mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 96, manakala di Shah Alam, Selangor dan Kuching, Sarawak masing-masing mencatatkan bacaan 91 dan 90.