Anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal ketika sekatan

Iklan
Seorang penunggang motosikal disyaki cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya. Seorang anggota penguat kuasa JPJ cedera dirempuh oleh seorang penunggang motosikal.

PORT DICKSON - Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya di sini.

Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Anggota penguat kuasa JPJ yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan
Iklan

Turut tular satu video berdurasi 20 saat memaparkan anggota itu dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan oleh rakan sepasukan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sinar Harian difahamkan JPJ akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat berkaitan insiden itu.

Iklan