China ada 200 juta basikal untuk kegunaan setiap hari

Iklan
Penduduk bandar China menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

BEIJING - China kini mempunyai lebih 200 juta basikal yang digunakan dalam usaha membantu negara ini untuk mengurangkan pelepasan karbon, kata Persatuan Basikal China sempena Hari Berbasikal Sedunia pada Ahad, lapor Xinhua.

Penduduk bandar China menunggang basikal atau kenderaan dua roda berkuasa elektrik sekitar 30 daripada 100 kali perjalanan mereka.

Iklan
Iklan

Ini sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak kira-kira 10,000 tan sehari di seluruh China, menurut tinjauan yang dijalankan oleh persatuan itu di lapan bandar, termasuk Beijing, Changsha dan Chengdu.

Dengan bantuan data raya dan Internet Benda, trend perkongsian basikal, pengecasan berpusat dan pertukaran bateri kini semakin popular di China.

Iklan
Iklan

Penyedia perkhidmatan perkongsian basikal Hello Inc. berkata, bilangan pengguna dan pesanan berdaftar terus meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - Bernama-Xinhua