Nampak percikan api sebelum dengar letupan

Iklan
Hampir 80 peratus kedai runcit terbabit musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 pagi. Gambar kecil: Norizan

PASIR MAS - Sepasang suami isteri di Kampung Teliar, di sini terkejut apabila melihat percikan api daripada lampu di sebuah kedai runcit sebelum merebak dan meletup.

Norizan Yusof berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, dia dikejutkan suami, Zulkifli Mat Hasan, 57, yang memaklumkan terdengar bunyi seperti wayar terputus.

Iklan
Iklan

Dia yang juga ibu saudara kepada pemilik kedai, Safuan Mohd Nordin, 33, berkata, lampu di rumahnya juga berkelip beberapa kali sebelum mereka mendengar beberapa letupan kecil.

"Kami berlari keluar rumah dan melihat percikan api di lampu kedai yang kemudian terus merebak melalui wayar elektrik.

Iklan

"Saya terus hubungi Safuan tapi tidak dijawab," katanya ketika ditemui di rumahnya pada Ahad.

Safuan melihat barangan di kedainya yang musnah dalam kebakaran.

Norizan yang tinggal tidak sampai 100 meter dari kedai itu memberitahu, mujur dia terfikir untuk menghubungi bomba bagi mengelak api merebak ke kediaman jiran.

Iklan

"Kira-kira sepuluh minit kemudian kami terdengar letupan kuat yang turut menyedarkan beberapa penghuni rumah di sekitar kawasan ini.

"Anak saudara ada beritahu mereka beli banyak barangan sebagai stok jualan harian termasuk gas memasak dan ketika itu saya terfikir semua barang berkenaan mungkin hangus dijilat api," katanya.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi berkata, seramai 16 anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.23 pagi.

"Api berjaya dikawal kira-kira jam 6.15 pagi dan hampir 80 peratus premis itu musnah. Punca dan kerugian masih disiasat," katanya.