Lapan cedera ringan dalam kemalangan roller coaster Oktoberfest

Iklan
Dua tren roller coaster berlanggar pada hari pertama festival 18 hari Munich Oktoberfest, menyebabkan lapan orang cedera ringan. - Foto AFP

MUNICH - Lapan orang cedera ringan apabila dua tren roller coaster berlanggar pada pagi Ahad, hari pertama festival 18 hari Munich Oktoberfest, lapor agensi berita dpa.

Pakar perubatan berkata, kebanyakan mangsa hanya mengalami lebam dan tiga orang dibawa ke hospital untuk penilaian lanjut.

Iklan
Iklan

Susulan kemalangan itu, permainan itu yang dikenali sebagai Höllenblitz atau Hell's Lightning - ditutup sementara menunggu siasatan lanjut, kata polis.

Dalam kejadian itu, sebuah tren berlanggar sebuah tren yang tidak bergerak atas sebab yang tidak diketahui, kata pengarah permainan itu, Willi Ottens kepada dpa pada Ahad.

Iklan

Setiap tren memuatkan kira-kira 30 orang, katanya.

"Terdapat sedikit perlanggaran antara kedua-dua kereta api, semua orang turun sendiri daripada tren," kata Ottens.

Iklan

Menurut Ottens, Hell's Lightning ialah roller coaster dalaman terbesar di dunia.

Perayaan Oktoberfest terkenal yang berlangsung setiap tahun di Munich, menarik berjuta-juta pelawat tempatan dan antarabangsa ke ibu kota Bavaria selama beberapa minggu pada bulan September dan Oktober. - Bernama-dpa