Isu Laut China Selatan: Malaysia, China setuju adakan komunikasi berterusan

Iklan
Anwar (kiri) bersama Li Qiang pada Mesyuarat Dua Hala di Rumah Tamu Liyuan selepas menghadiri China-ASEAN Expo dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China - ASEAN. - Foto Bernama

NANNING - Malaysia dan China bersetuju untuk mengadakan komunikasi berterusan dan terbuka berkenaan isu Laut China Selatan bagi memastikan situasi di lapangan sentiasa aman, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ia antara isu berkaitan Laut China Selatan yang dibincangkan semasa perjumpaannya dengan Premier China, Li Qiang hari ini.

Iklan
Iklan

Anwar berkata, Li Qiang juga menzahirkan sokongannya terhadap ASEAN Centrality dalam menangani isu keselamatan antarabangsa di rantau ini, serta menyokong blok ASEAN yang bebas, termasuk mengenai isu perseteruan di antara Amerika Syarikat dan China.

Menurut Anwar, dalam pertemuan berkenaan, beliau turut mengutarakan mengenai situasi Myanmar dan isu penghantaran balik pelarian Rohingya.

Iklan

"Premier Li telah menghuraikan konsep community for a shared future for mankind, yakni konsep yang menekankan prinsip keterbukaan, peradaban, keterangkuman, dan saling hormat-menghormati dalam menangani isu kerjasama dua hala, serantau dan antarabangsa.

"Nilai ini konsisten dengan nilai-nilai dalam Malaysia Madani,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad sempena lawatan kerja beliau di sini untuk menghadiri China-ASEAN Expo (CAEXPO) ke-20.

Iklan

Anwar juga berkata, secara amnya Malaysia menyokong nilai-nilai universal dalam membasmi kemiskinan, memperjuangkan keadilan dan pembangunan mampan. - Bernama