Pemilik bengkel maut dipercayai ditembak

Iklan
Lokasi kejadian lelaki ditemukan maut dalam sebuah pacuan empat roda dipercayai ditembak.

MACHANG - Seorang pemilik bengkel maut dipercayai ditembak dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang di Kampung Hutan Kuin di sini, pada Ahad.

Mangsa ditemukan berlumuran darah dalam sebuah pacuan empat roda di hadapan sebuah kedai alat ganti kenderaan.

Iklan
Iklan

Bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zuki Ibrahim, 38, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isteri mangsa.

Menurutnya yang juga peniaga kereta, ketika itu dia dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menghantar kereta pelanggan.

Iklan

"Kali terakhir kami bersembang sebulan lalu tetapi anak saudara saya ceria dan tiada masalah yang diceritakan ketika itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Zuki memberitahu, anak saudaranya, yang berusia 37 tahun merupakan seorang yang perahsia dan tidak suka menceritakan kesusahannya walaupun kepada ahli keluarga sendiri.

Iklan

Katanya, dia dimaklumkan anak saudaranya itu yang tinggal di Pasir Puteh datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan.