Farid Kamil, Diana Danielle sudah rujuk 31 Ogos lalu

Iklan
Farid Kamil mengaku sudah kembali menjadikan Diana Danielle sebagai isterinya pada 31 Ogos lalu.

FARID Kamil mengaku sudah kembali menjadikan Diana Danielle sebagai isterinya pada 31 Ogos lalu.

"Alhamdulillah saya dan isteri kembali rujuk pada pada 31 Ogos 2023,” ujar Farid.

Iklan
Iklan

Berita gembira itu dibuat aktor tersebut sewaktu muncul dalam sebuah program hiburan pada hujung minggu.

Menurut bintang Anwar The Untold Story itu, pengalaman lalu telah mematang mereka dan kesepakatan untuk rujuk semula adalah kerana agama.

Iklan

"Pengalaman lalu telah mematangkan kami. Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin ALLAH.

"Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan ilmu agama supaya dapat membimbing anak-anak,” ujarnya lagi.

Iklan

Farid berkata, sepanjang bercerai pada Ogos lalu dia dan Diana mengambil masa muhasabah diri dan menilai semula perkahwinan mereka.

Beberapa hari lalu kemesraan di antara Farid termasuk aksinya memegang erat tangan dan mencium pipi Diana dalam sebuah acara hiburan mencuri perhatian umum.

Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.