Hutang dipercayai punca perunding acara dibunuh

Iklan
Mohd Zaid Hassan - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Isu hutang dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang perunding acara di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi berkata hasil bedah siasat mendapati lelaki yang berusia 33 tahun itu maut akibat tikaman di bahagian dada.

Iklan
Iklan

"Siasatan terhadap kes ini menjurus kepada motif hutang dan usaha mengesan suspek masih diteruskan,” katanya.

Semalam, media melaporkan yang seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terlentang serta berlumuran darah oleh rakannya kira-kira pukul 1.00 pagi.

Iklan
Iklan

Mohd Zaid berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.- Bernama