World Cleanup Day: SWCorp kutip 240.498 tan sisa pepejal

Iklan
Peserta dan jemputan bergambar pada program World Cleanup Day' 2023 Peringkat Kebangsaan di Jalan Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Peserta dan jemputan bergambar pada program World Cleanup Day' 2023 Peringkat Kebangsaan di Jalan Pantai Bagan Lalang, Sepang.

SEPANG - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengutip kira-kira 240.498 tan sisa pepejal sempena sambutan World Cleanup Day yang bermula sejak 2020 sehingga tahun lalu.

Iklan
Iklan

Jumlah itu melibatkan kutipan sisa pepejal pada 2020 (13.529 tan) dan pada 2021 serta 2022 masing-masing sebanyak 119.672 tan serta 107.298 tan daripada 311 buah lokasi di seluruh negara.

Pengerusi SWCorp, Wong Kah Woh berkata, objektif utama penganjuran adalah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan persekitaran sebagai tanggungjawab bersama.

Iklan

Menurutnya, komponen utama dalam sambutan program tahunan tersebut pula adalah aktiviti pembersihan kawasan dan audit sisa yang berjaya dikutip secara keseluruhan di lokasi-lokasi terbabit.

"Pembersihan kawasan melibatkan lokasi awam, kawasan rekreasi, taman perumahan, institusi pendidikan dan mana-mana lokasi bersesuaian serta menepati keperluan untuk pelaksanaan program ini.

Iklan

"Manakala audit sisa pula melibatkan pengasingan sisa yang dikutip mengikut kategori bagi mengenal pasti trend dan jenis sisa paling banyak di buang dan ini merupakan satu komponen penting diambil kira dalam pelaksanaan World Cleanup Day," katanya.

Kah Who berkata demikian kepada Sinar Harian ketika ditemui pada program World Cleanup Day 2023 Peringkat Kebangsaan yang turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Muhamad Shah Osmin di Jalan Pantai Bagan Lalang, di sini pada Ahad.

Kah Woh (tiga, kiri) berharap penganjuran Program World Cleanup Day 2023 dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan membudayakan amalan kitar semula.

Dalam pada itu, beliau berkata, Program World Cleanup Day 2023 diadakan bermula dari 16 September sehingga 24 September ini di 386 lokasi yang telah didaftarkan oleh agensi penganjur di seluruh negeri di Malaysia.

Menurutnya, sasaran penglibatan sukarelawan di seluruh dunia adalah sebanyak lima peratus populasi dunia dan sehingga kini seramai 3,620 orang Sukarelawan Hero Kebersihan yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai program.

"Bertemakan We Clean The World, sambutan Program World Cleanup Day pada tahun ini melibatkan pelbagai aktiviti antaranya pelaksanaan pembersihan secara fizikal dan pelaksanaan pembersihan secara dalam talian.

"Malah, penganjuran pertandingan kategori turut diadakan seperti agensi terbaik, 'momen World Cleanup Day 2023' dan kuiz dengan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM22,600," ujarnya.

Ujarnya lagi, menerusi penganjuran Program World Cleanup Day 2023 ia juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kebersihan dan membudayakan amalan kitar semula.

"Ini kerana pengurusan sisa pepejal bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata tetapi melibatkan peranan semua pihak termasuklah masyarakat," tambahnya.