WHO gesa China kemuka maklumat asal usul Covid-19

Iklan
Tedros Adhanom - AFP

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa Beijing menawarkan lebih banyak maklumat mengenai asal-usul Covid-19 dan bersedia menghantar pasukan kedua untuk menyiasat perkara itu, lapor Financial Times pada Ahad.

Menurut, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, badan itu mendesak China untuk memberikan akses secara penuh dan bersedia untuk mengadakan mesyuarat dua hala bersama negara itu.

Iklan
Iklan

Beliau juga menggesa Beijing untuk memberi kerjasama yang penuh agar kekeliruan berkenaan asal usul virus itu dapat diselesaikan. Jelasnya setakat ini hanya hipotesis berkenaan asal usul virus itu sahaja yang ada, namun perincian lanjut masih beluk diketahui.

Ia sekali gus menyukarkan laporan penuh berkenaan virus tersebut yang boleh digunapakai untuk tujuan kajian dan penyelidikan pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

Covid-19 mula dikenal pasti di bandar Wuhan di China pada Disember 2019, dengan ramai yang mengesyaki ia merebak di pasar haiwan hidup sebelum merebak ke seluruh dunia dan membunuh hampir 7 juta orang. - Awani