Lelaki miliki 1,840 biji pil kuda ditahan

Iklan
Dadah yang ditemui selepas penahanan seorang lelaki di Kampung Meranto, Bertam, Gua Musang

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di belakang sebuah rumah di Kampung Meranto, Bertam dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, ketika serbuan kira-kira jam 8.23 malam, lelaki berusia 25 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap pasukan polis.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui sejumlah 1,840 biji pil kuda dianggarkan seberat 184.0 gram.

"Ujian saringan urin mendapati suspek positif methamphetamin. Bagaimanapun, suspek tidak mempunyai rekod lampau," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) 1952.

Choon Foo memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang penyalahgunaan dadah boleh menyalurkannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222

Iklan